Sejarah SMK Teluk Bahang


Berdasarkan sejarah lisan, nama Teluk Bahang adalah diambil sempena nama yang diberikan oleh peneroka awal yang kebanyakannya berasal dari Padang Hang, Kedah. Menurut cerita, kawasan pantai laut di sini berteluk dan sesuai untuk menangkap ikan. Tambahan pula, keadaan cuaca yang panas dan berbahang di kawasan ini sama dengan persekitaran asal mereka maka peneroka menamakan kawasan ini dengan nama Teluk Bahang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang dibina di atas sebidang tanah seluas 8.74 ekar pada 13 November 1999. Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Dr.Hilmi bin Hj. Yahaya ADUN Teluk Bahang. Sekolah ini dilengkapi dengan tiga blok utama, sebuah kantin dan rumah guru.

Pendaftaran kemasukan pelajar pertama diadakan pada 13 November 2001dan hari persekolahan pertama bermula pada 7 Januari 2002 dengan jumlah pelajar seramai 89 orang ( 54 lelaki dan 35 perempuan ) dan 9 orang guru ditadbir oleh En. Abdul Malek bin Othman, iaitu pengetua pertama sekolah ini. Sebelum ini, anak-anak penduduk Teluk Bahang terpaksa bersekolah di SMK Tanjung Bunga yang jaraknya hampir 18 km dari Teluk Bahang. Dengan pembukaan dua blok asrama putera dan puteri telah memberi lembaran baru kepada suasana pembelajaran di sekolah ini. Penempatan penghuni asrama yang pertama terdiri daripada 65 orang pelajar kelas aliran agama pada 4 Februari 2003 telah memartabatkan lagi sekolah ini.

Kewujudan sekolah ini memberi harapan yang besar kepada penduduk-penduduk tempatan yang telah lama mengingini sebuah sekolah menengah beroperasi di kawasan mereka.

Kini SMK Teluk Bahang dikenali sebagai Sekolah Berwatakan KRS dimana unit uniform yang terdapat disini adalah Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang mana para turut diterapkan dengan unsur-unsur positif disamping mendukung hasrat murni Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Abdullah Ahmad Badawi iaitu memperkasakan Modal Insan.

0 ulasan:

Catat Ulasan