Salam 1 Malaysia . .

Kepada rakan-rakan alumni, semoga tahun 2010 akan membawa banyak kepada perubahan kepada SMK Teluk Bahang. Jika kita berjaya, janganlah kita lupakan mereka yang tidak berjaya.

Dimana Bekas Pelajar?

Ada diantara bekas-bekas pelajar yang sudah pun memasuki IPTA/IPTS. Antara pelajar yang kita kenali telah melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS adalah seperti berikut :

Muhammad Amir Asyraf - Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
Muhamad Nabil Fikri - Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Nur Khalil Khusairy - Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

P/S : Ini menurut info yang diberikan

Cuti Sekolah dan Kehidupan

Salam . .

Cuti sekolah telah bermula, sudah tentu ada dikalagan kita yang sudah merancang pelbagai aktiviti. Ada yang merancang untuk kerja sambilan demi menyara hidup. Tetapi kita janganlah lalai dengan semua itu kerana kita masih lagi pelajar sekolah. Tanggungjawab sebagai pelajar haruslah kita ingat sampai bila-bila. Pada pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), janganlah anda sedih kerana semua itu hanyalah sementara sahaja. Apa yang penting adalah usaha disamping beriktiar.

Harus diingatkan kepada semua pelajar dan bekas pelajar, apabila anda keluar dari sekolah ini. Bawalah diri anda dengan imej sekolah. Jadilah seperti bekas-bekas pelajar yang puratanya telah melanjutkan pengajian tinggi sama ada awam atau swasta.

Dalam hidup ini harus kita terapkan bahawa apa jua yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. Kita hanya mampu merancang tetapi, Allah jualah yang menentukan segala-galanya. Tiada yang mustahil dalam hidup ini.

Sejarah SMK Teluk Bahang


Berdasarkan sejarah lisan, nama Teluk Bahang adalah diambil sempena nama yang diberikan oleh peneroka awal yang kebanyakannya berasal dari Padang Hang, Kedah. Menurut cerita, kawasan pantai laut di sini berteluk dan sesuai untuk menangkap ikan. Tambahan pula, keadaan cuaca yang panas dan berbahang di kawasan ini sama dengan persekitaran asal mereka maka peneroka menamakan kawasan ini dengan nama Teluk Bahang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang dibina di atas sebidang tanah seluas 8.74 ekar pada 13 November 1999. Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Dr.Hilmi bin Hj. Yahaya ADUN Teluk Bahang. Sekolah ini dilengkapi dengan tiga blok utama, sebuah kantin dan rumah guru.

Pendaftaran kemasukan pelajar pertama diadakan pada 13 November 2001dan hari persekolahan pertama bermula pada 7 Januari 2002 dengan jumlah pelajar seramai 89 orang ( 54 lelaki dan 35 perempuan ) dan 9 orang guru ditadbir oleh En. Abdul Malek bin Othman, iaitu pengetua pertama sekolah ini. Sebelum ini, anak-anak penduduk Teluk Bahang terpaksa bersekolah di SMK Tanjung Bunga yang jaraknya hampir 18 km dari Teluk Bahang. Dengan pembukaan dua blok asrama putera dan puteri telah memberi lembaran baru kepada suasana pembelajaran di sekolah ini. Penempatan penghuni asrama yang pertama terdiri daripada 65 orang pelajar kelas aliran agama pada 4 Februari 2003 telah memartabatkan lagi sekolah ini.

Kewujudan sekolah ini memberi harapan yang besar kepada penduduk-penduduk tempatan yang telah lama mengingini sebuah sekolah menengah beroperasi di kawasan mereka.

Kini SMK Teluk Bahang dikenali sebagai Sekolah Berwatakan KRS dimana unit uniform yang terdapat disini adalah Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang mana para turut diterapkan dengan unsur-unsur positif disamping mendukung hasrat murni Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Abdullah Ahmad Badawi iaitu memperkasakan Modal Insan.

Salamat Datang

Salam Ukhwah....

Terima kasih kepada semua warga IQRA kerana sudi melayari laman blog Persatuan Alumni SMK Teluk Bahang. Ini adalah permulaan kepada sebuah pengukuhan ikatan kita sesama warga IQRA dan bekas warga IQRA SMK Teluk Bahang.